FotoIdaman’s blog

Our Journey
RSS icon Email icon Home icon
  • Adam & Shazana

    Posted on March 5th, 2010 pat No comments

    Read the rest of this entry »

  • Luqman & Hidayah - outdoor photo shoot

    Posted on February 1st, 2010 pat 6 comments

  • Azie

    Posted on January 18th, 2010 pat 3 comments

  • 2010 bermula!

    Posted on January 6th, 2010 pat 7 comments

    Salam!

    Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 pada semua. Bye2 2009! Ayuh, sama-sama kita mencipta satu azam baru supaya ia menjadi pengiring untuk mencapai matlamat yang dibina sebelum munculnya 2011.

    Di kala rakan-rakan dan orang lain menghabiskan masa pergi bercuti, pulang ke kampung, beriadah bersama keluarga,  menghadiri majlis perkahwinan, sibuk menguruskan persekolahan anak-anak, dan sebagainya, tetapi kami, masih lagi bersengkang mata siang dan malam menyiapkan kerja-kerja editing.

    Projek-projek yang banyak diperolehi pada bulan 11 dan 12 tahun lepas masih di dalam proses perlaksanaan dan InsyaAllah akan diselesaikan secepat yang mungkin pada bulan ini tanpa menjejaskan sebarang kualiti. Kami (fotoidaman) memberi komitmen sepenuhnya pada bulan ini (Januari 2010) untuk menyiapkan keseluruhan kerja/projek tahun 2009. Tiada photo shoot jobs akan dilakukan buat sementara ini.

    Sekian… :)

    - Selamat Tahun Baru 2010 -

  • Fairuz & Linda

    Posted on December 22nd, 2009 pacik 8 comments

    Salam! Ini perkahwinan yang istimewa buat pacik. Kenapa? Kerana ini perkahwinan anak buah pacik sendiri,  Nurhaslinda Ismail….selama dua hari pacik memberi fokus untuk pasangan ini. 19hb majlis akad nikah dan kenduri di rumah pengantin perempuan di alamat Permatang Pak Elong, K.Batas. Kemudian majlis di pihak lelaki diadakan keesok harinya di dewan orang ramai Bagan Luar berdekatan dengan Sekolah St. Mark. Pada dua hari yang sama photographer lain dalam team FotoIdaman sedang sibuk bekerja di sebelah pulau melayani pelanggan di sana, InsyaAllah untuk pasangan berkenaan akan kami update sedikit masa lagi. Buat Fairuz dan Linda, Selamat Pengantin Baru dari pacik dan rakan-rakan di FotoIdaman.

  • Lokman & Hidayah

    Posted on December 21st, 2009 pacik 1 comment

    Salam! Pasangan Lokman & Hidayah telah selamat diijabkabulkan pada 18 Dis 09 di Masjid Permatang Kuang, Kepala Batas. Pacik tak mahu bercerita panjang, ringkas sahaja untuk memberi laluan kepada Pat yang akan menyiarkan lain-lain gambar pasangan ini. Sekadar ucapan terima kasih kerana kerjasama yang begitu baik dari mereka dan seluruh ahli keluarga sepanjang sesi fotografi. Tahniah dan selamat datang ke gerbang perkahwinan! Kita jumpa lagi di majlis persandingan Lokman & Hidayah pada Februari 2010…

    Updated by Pat:

  • Nurul & Edi

    Posted on December 17th, 2009 pacik No comments

    Salam,

    Pasangan Nurul & Edi memilih tarikh 11hb Disember baru-baru ini untuk majlis akad nikah. Majlis kenduri di pihak perempuan diadakan ke esok harinya di alamat Permatang Tinggi B, Kepala Batas. Pacik dan Pat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua mempelai dan ahli keluarga pengantin kerana kerjasama baik sepanjang sessi fotografi. Kami di FotoIdaman mendoakan kebahagian kepada Nurul dan Edi. Semoga berbahagia selalu.