-
Studio & Lighting
Posted on June 23rd, 2009 1 commentBest main set lighting dalam studio. Saya, Pacik, Keown, Bolos & Shaz berkesempatan mempelajari studio setup dengan Cikgu Dolah. Dengan pengalaman yang luas sebagai pendidik, Cikgu Dolah tidak lokek berkongsi ilmu yang dimilikinya. Sepertimana indoor shooting ini memerlukan model, maka cikgu menjemput rakannya iaitu Yen untuk menjadi our model. Hero lelakinya tidak asing lagi bagi kami iaitu Pacik yang begitu pandai bergaya selain diselang-seli antara kami menjadi subjek untuk pembelajaran.




-
Wedding Custom Album
Posted on June 21st, 2009 2 commentsSample custom album - designed by fotoidaman team.



-
Kisah Cinta Kau dan Aku
Posted on June 19th, 2009 No comments

-
Yusuf & Shima
Posted on June 17th, 2009 No commentsSalam!
Yusuf merupakan client Sabri Photography. Memandangkan Sabri yang terpaksa bertugas semasa pilihanraya kecil di DUN Penanti baru-baru ini, pacik sekali lagi menjadi bidan terjun kepada pasangan kekasih ini. Cuma bezanya, kali ini pacik kena bekerja as a one man show. Nasib baik ada sahabat satu office, brader mat khir yang sudi mengusung beg dan reflector, sekurang-kurangnya ada jugak berteman. Kenduri di buat sama sari…mula2 ke rumah Shima, kemudian bergegas pula kerumah Yusuf. Kesian juga kepada pengantin perempuan kerana tak banyak gambar yg boleh diabadikan di sana kerana kesuntukan masa. Sehari dua ni pacik kena tolong designkan foto untuk framing saat2 indah mereka. Rasa2nya inilah gambar untuk diserahkan kepada Sabri besok pagi…..buat Yusuf dan Shima terima kasih kerana memberi kerjasama yg sangat baik di sepanjang sessi fotografi dan Selamat Pengantin Baru buat anda berdua! -
Shidi & Syazrah - Gurun
Posted on June 16th, 2009 No commentsTahniah & selamat pengantin baru kepada pasangan. Shidi yang berkhidmat dengan TLDM dan Syazrah dari PDRM, telah selamat melansungkan perkahwinan mereka di Kg. Jelatang, Gurun Kedah pada 6 Jun lalu. Kami dari team fotoidaman mengucapkan semoga berbahagia dan selamat menjalankan tugas demi negara tercinta.
(Pics were taken by Wan & Keown)


-
Pacik in action
Posted on June 14th, 2009 No commentsHari ni xde job. Masing2 buat kerja sendiri sambil meluangkan masa bersama family. Keown hari ni agak sibuk menyiapkan editing di samping membantu isterinya menguruskan perniagaan jus jambu batu. Wan pula baru pulang dari Johor Bharu menyertai pertandingan dart. Dari Baling terus ke rumah Keown untuk mengambil gambar pengantin untuk dicetak. Mana Pacik? Dengar khabar ke Selinsing. Mungkin beliau sedang menyusuri sungai bakau sekarang ini memancing ikan siakap merah. Saya pula tidak boleh ke mana. Ada empat lagi album pengantin yang perlu disiapkan. Dalam asyik membuat editing dan mendengar lagu-lagu Allayarham Sudirman, teringat pula gambar Heerman yang disuruh crop oleh Pacik. Sebelum crop gambar Heerman, baik crop gambar Pacik dulu..



-
Mini concert
Posted on June 13th, 2009 1 commentJalan-jalan di Padang Kota terserempak dengan mini concert apa ntah. Apa lagi, camera in hand… tembak la…








