Our Journey
RSS icon Email icon Home icon
  • Shamsul & Nurbaini - Kota Bharu

    Posted on June 8th, 2009 pat No comments

    Selamat pengantin baru! Mempelai ni pernah belajar satu kelas waktu study di UTM dahulu, tapi tak pernah bertegur sapa. Segalanya bermula sewaktu bekerja di KL. Dua-dua berasal dari Kelantan dan bekerja di satu ofis. Apabila si bujang dan dara bertemu, maka jodoh antara dua pun bersemi….

    Nasib baik kenduri sebelah pihak pengantin lelaki diadakan selang sehari selepas resepsi pengantin perempuan. Jadi boleh lah cover ke dua-duanya. Cuma sesi outdoor shooting  sahaja tak sempat diadakan sebab pasangan ni terlalu sibuk melayan tetamu dari siang hingga ke malam. Dah menjadi kebiasaan adat dan budaya di sana, majlis kenduri berlansung hingga ke malam. Tetamu tak putus2 datang. Saya pun tak boleh nak complain, kena ikut sahaja walaupun saya gemar buat outdoor shooting. Yang sempat di buat hanya di waktu malam walaupun sekejap semasa kami keluar makan-makan di bandar Kota Bharu.

    - by pat @ fotoidaman.com