-
Liza & Jat
Posted on June 12th, 2009 No commentsMajlis perkahwinan berlansung di Kampung Rawa, BM. Begitu meriah skali dgn paluan kompang serta nyanyian dari belia kpg menyambut ketibaan pengantin lelaki. Pacik skali lagi menjemput brader Bolos untuk sessi kali ini memandangkan regular photographer dari fotoidaman yakni patogen, wan dan keown mempunyai tugasan di tempat lain. Tahniah buat Liza dan Jat…pasangan pengantin baru ini begitu ceria sepanjang fotografi berlansung. Terutama Jat yang pantang di usik. Mood sebegini sangat perlu untuk merakam saat2 manis mereka. Ketika sessi outdoor, jam sudah pun hampir 7 ptg. Kebimbangan masa yg semakin suntuk rupa2nya kami diketemukan dgn suasana dan cahaya petang yg sangat cemerlang. Buat Jat dan Liza, pacik dari team fotoidaman ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru. Moga berbahagia ke akhir hayat.






-
Masyita & Aidil
Posted on June 11th, 2009 No commentsSelamat Pengantin Baru buat pasangan Aidil dan Masyita. Majlis berlansung di Teluk Kumbar pada 6hb Jun yang lalu. Pacik juga ingin merakamkan terimakasih kepada pengantin dan keluarga kerana komitmen mereka sepanjang sesi fotografi berlansung. Walaupun hampir seharian di situ Pacik bersama brader Bolos dan Wan sangat selesa sekali merakam detik-detik manis mereka. Semoga berbahagia!



-
Azzah & Hamdi
Posted on June 11th, 2009 No comments


-
Jubli Perak Mosque (Rantau Panjang)
Posted on June 11th, 2009 No comments

-
Shamsul & Nurbaini - Kota Bharu
Posted on June 8th, 2009 No comments
Selamat pengantin baru! Mempelai ni pernah belajar satu kelas waktu study di UTM dahulu, tapi tak pernah bertegur sapa. Segalanya bermula sewaktu bekerja di KL. Dua-dua berasal dari Kelantan dan bekerja di satu ofis. Apabila si bujang dan dara bertemu, maka jodoh antara dua pun bersemi….
Nasib baik kenduri sebelah pihak pengantin lelaki diadakan selang sehari selepas resepsi pengantin perempuan. Jadi boleh lah cover ke dua-duanya. Cuma sesi outdoor shooting sahaja tak sempat diadakan sebab pasangan ni terlalu sibuk melayan tetamu dari siang hingga ke malam. Dah menjadi kebiasaan adat dan budaya di sana, majlis kenduri berlansung hingga ke malam. Tetamu tak putus2 datang. Saya pun tak boleh nak complain, kena ikut sahaja walaupun saya gemar buat outdoor shooting. Yang sempat di buat hanya di waktu malam walaupun sekejap semasa kami keluar makan-makan di bandar Kota Bharu.









- by pat @ fotoidaman.com


