Our Journey
RSS icon Email icon Home icon
  • Fairuz & Linda

    Posted on December 22nd, 2009 pacik 8 comments

    Salam! Ini perkahwinan yang istimewa buat pacik. Kenapa? Kerana ini perkahwinan anak buah pacik sendiri,  Nurhaslinda Ismail….selama dua hari pacik memberi fokus untuk pasangan ini. 19hb majlis akad nikah dan kenduri di rumah pengantin perempuan di alamat Permatang Pak Elong, K.Batas. Kemudian majlis di pihak lelaki diadakan keesok harinya di dewan orang ramai Bagan Luar berdekatan dengan Sekolah St. Mark. Pada dua hari yang sama photographer lain dalam team FotoIdaman sedang sibuk bekerja di sebelah pulau melayani pelanggan di sana, InsyaAllah untuk pasangan berkenaan akan kami update sedikit masa lagi. Buat Fairuz dan Linda, Selamat Pengantin Baru dari pacik dan rakan-rakan di FotoIdaman.

  • Lokman & Hidayah

    Posted on December 21st, 2009 pacik 1 comment

    Salam! Pasangan Lokman & Hidayah telah selamat diijabkabulkan pada 18 Dis 09 di Masjid Permatang Kuang, Kepala Batas. Pacik tak mahu bercerita panjang, ringkas sahaja untuk memberi laluan kepada Pat yang akan menyiarkan lain-lain gambar pasangan ini. Sekadar ucapan terima kasih kerana kerjasama yang begitu baik dari mereka dan seluruh ahli keluarga sepanjang sesi fotografi. Tahniah dan selamat datang ke gerbang perkahwinan! Kita jumpa lagi di majlis persandingan Lokman & Hidayah pada Februari 2010…

    Updated by Pat:

  • Nurul & Edi

    Posted on December 17th, 2009 pacik No comments

    Salam,

    Pasangan Nurul & Edi memilih tarikh 11hb Disember baru-baru ini untuk majlis akad nikah. Majlis kenduri di pihak perempuan diadakan ke esok harinya di alamat Permatang Tinggi B, Kepala Batas. Pacik dan Pat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua mempelai dan ahli keluarga pengantin kerana kerjasama baik sepanjang sessi fotografi. Kami di FotoIdaman mendoakan kebahagian kepada Nurul dan Edi. Semoga berbahagia selalu.

  • Zamri & Noorhafizah

    Posted on December 15th, 2009 pat 7 comments

    Majlis sambut menantu ini berlansung di Guar Chempedak, Gurun Kedah. Kami begitu bepuas hati dengan kerjasama yang diberikan pasangan ini sepanjang sesi photoshoot yang diadakan pada 14 Dec 2009. Begitu yakin mereka dengan gaya natural & bollywood tanpa disuruh untuk dirakamkan. Sudah pastinya rakaman manis ini akan dikongsi bersama kenalan-kenalan dan juga sanak saudara. Kami di fotoidaman mengucap selamat pengantin baru & selamat berbahagia hingga ke anak cucu buat Zam & Fizah!

    Photog: Pat & Wan
    Bridal: Zamri & Hafizah

    *Nota: Sila klik pada tajuk post untuk melihat keseluruhan gambar.
    (*Note: Please click on post title to view all photos)

    Read the rest of this entry »

  • Firdaus & Farhana

    Posted on December 6th, 2009 pacik 2 comments

    Majlis akad nikah Firdaus  & Tengku Amiratul Farhana ini berlansung pada malam jumaat 25hb Nov 09 di Masjid Taman Ria, Sg. Petani.  Sementara majlis jamuan diadakan pada malam Ahad 27hb di Laguna Merbok. Team FotoIdaman ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Semoga hubungan mereka berkekalan dan dirahmati Allah SWT hendakNya.
    Untuk maklumat, fotografi untuk majlis ini diterajui oleh Wan dan di bantu oleh saudara Jali, Keown dan seorang lagi photographer yg pernah menjadi client FotoIdaman, saudara Heerman : )

  • Mimie & Fuad

    Posted on December 6th, 2009 pacik 7 comments

    Salam! Perkahwinan Mimie & Fuad berlansung sama sehari dengan pertunangan Izdihar yakni pada 29hb November 2009. Ketika majlis Izdihar sedang berlansung di Taman Brown, Fuad dan Mimie pula sedang berdebaran menunggu detik baru untuk bergelar suami isteri di Masjid Negeri P.Pinang. Pacik mendapat berita dari jurufoto FotoIdaman, saudara Jali yang majlis akad nikah berakhir 11.30 pagi. Hari itu team kami seramai 4 orang seharian hingga ke malam berada di sebelah pulau. Pacik & Pat bergabung dengan Jali & Azli selepas sahaja selesai majlis pertunanagan Izdihar, untuk majlis perkahwinan Mimie di Dewan Komplek Tabung Haji pada sebelah malamnya.

    Majlis yang penuh gilang gemilang dengan adat istiadat tanah seberang menjadikan majlis ini pasti diingati oleh hadirin. Pengantin diarak masuk ke dewan dengan adat istiadat unik, paluan kompang, gendang dan nyayian berkumpulan serta persembahan silat sungguh menghiburkan. Buat pasangan pengantin Pacik n team FotoIdaman ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Kita akan bertemu lagi untuk  ‘outdoor shooting’ kerana pacik masih berhutang dengan anda berdua. Sementara itu berseronoklah! : )

  • Rozila & Nizam

    Posted on December 6th, 2009 pat 3 comments

    Saya dan Pacik diberi tanggungjawab oleh seorang kenalan yang juga seorang photographer untuk merakamkan majlis persandingan pasangan Rozila & Nizam di Permatang Bendahari, Pulau Pinang. Pasangan yang begitu mesra dan ramah ini sentiasa tersenyum apabila lensa kamera dihalakan kearah mereka. Kerjasama yang begitu baik daripada mereka membuatkan sesi photo (indoor & outdoor) ini berjalan sempurna hingga ke hujungnya. Semoga Rozila & Nizam memperoleh kesejahteraan dan dipanjangkan jodoh mereka. Selamat menempuhi alam rumah tangga dan tahniah kami ucapkan!