-
Firdaus & Farhana
Posted on December 6th, 2009 2 commentsMajlis akad nikah Firdaus & Tengku Amiratul Farhana ini berlansung pada malam jumaat 25hb Nov 09 di Masjid Taman Ria, Sg. Petani. Sementara majlis jamuan diadakan pada malam Ahad 27hb di Laguna Merbok. Team FotoIdaman ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Semoga hubungan mereka berkekalan dan dirahmati Allah SWT hendakNya.
Untuk maklumat, fotografi untuk majlis ini diterajui oleh Wan dan di bantu oleh saudara Jali, Keown dan seorang lagi photographer yg pernah menjadi client FotoIdaman, saudara Heerman : )






-
Mimie & Fuad
Posted on December 6th, 2009 7 commentsSalam! Perkahwinan Mimie & Fuad berlansung sama sehari dengan pertunangan Izdihar yakni pada 29hb November 2009. Ketika majlis Izdihar sedang berlansung di Taman Brown, Fuad dan Mimie pula sedang berdebaran menunggu detik baru untuk bergelar suami isteri di Masjid Negeri P.Pinang. Pacik mendapat berita dari jurufoto FotoIdaman, saudara Jali yang majlis akad nikah berakhir 11.30 pagi. Hari itu team kami seramai 4 orang seharian hingga ke malam berada di sebelah pulau. Pacik & Pat bergabung dengan Jali & Azli selepas sahaja selesai majlis pertunanagan Izdihar, untuk majlis perkahwinan Mimie di Dewan Komplek Tabung Haji pada sebelah malamnya.
Majlis yang penuh gilang gemilang dengan adat istiadat tanah seberang menjadikan majlis ini pasti diingati oleh hadirin. Pengantin diarak masuk ke dewan dengan adat istiadat unik, paluan kompang, gendang dan nyayian berkumpulan serta persembahan silat sungguh menghiburkan. Buat pasangan pengantin Pacik n team FotoIdaman ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Kita akan bertemu lagi untuk ‘outdoor shooting’ kerana pacik masih berhutang dengan anda berdua. Sementara itu berseronoklah! : )








-
Rozila & Nizam
Posted on December 6th, 2009 3 commentsSaya dan Pacik diberi tanggungjawab oleh seorang kenalan yang juga seorang photographer untuk merakamkan majlis persandingan pasangan Rozila & Nizam di Permatang Bendahari, Pulau Pinang. Pasangan yang begitu mesra dan ramah ini sentiasa tersenyum apabila lensa kamera dihalakan kearah mereka. Kerjasama yang begitu baik daripada mereka membuatkan sesi photo (indoor & outdoor) ini berjalan sempurna hingga ke hujungnya. Semoga Rozila & Nizam memperoleh kesejahteraan dan dipanjangkan jodoh mereka. Selamat menempuhi alam rumah tangga dan tahniah kami ucapkan!









