-
Azie
Posted on January 18th, 2010 3 comments



-
2010 bermula!
Posted on January 6th, 2010 7 commentsSalam!
Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 pada semua. Bye2 2009! Ayuh, sama-sama kita mencipta satu azam baru supaya ia menjadi pengiring untuk mencapai matlamat yang dibina sebelum munculnya 2011.
Di kala rakan-rakan dan orang lain menghabiskan masa pergi bercuti, pulang ke kampung, beriadah bersama keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, sibuk menguruskan persekolahan anak-anak, dan sebagainya, tetapi kami, masih lagi bersengkang mata siang dan malam menyiapkan kerja-kerja editing.
Projek-projek yang banyak diperolehi pada bulan 11 dan 12 tahun lepas masih di dalam proses perlaksanaan dan InsyaAllah akan diselesaikan secepat yang mungkin pada bulan ini tanpa menjejaskan sebarang kualiti. Kami (fotoidaman) memberi komitmen sepenuhnya pada bulan ini (Januari 2010) untuk menyiapkan keseluruhan kerja/projek tahun 2009. Tiada photo shoot jobs akan dilakukan buat sementara ini.
Sekian…
- Selamat Tahun Baru 2010 -


