Our Journey
RSS icon Email icon Home icon
  • Mimie & Fuad

    Posted on December 6th, 2009 pacik 7 comments

    Salam! Perkahwinan Mimie & Fuad berlansung sama sehari dengan pertunangan Izdihar yakni pada 29hb November 2009. Ketika majlis Izdihar sedang berlansung di Taman Brown, Fuad dan Mimie pula sedang berdebaran menunggu detik baru untuk bergelar suami isteri di Masjid Negeri P.Pinang. Pacik mendapat berita dari jurufoto FotoIdaman, saudara Jali yang majlis akad nikah berakhir 11.30 pagi. Hari itu team kami seramai 4 orang seharian hingga ke malam berada di sebelah pulau. Pacik & Pat bergabung dengan Jali & Azli selepas sahaja selesai majlis pertunanagan Izdihar, untuk majlis perkahwinan Mimie di Dewan Komplek Tabung Haji pada sebelah malamnya.

    Majlis yang penuh gilang gemilang dengan adat istiadat tanah seberang menjadikan majlis ini pasti diingati oleh hadirin. Pengantin diarak masuk ke dewan dengan adat istiadat unik, paluan kompang, gendang dan nyayian berkumpulan serta persembahan silat sungguh menghiburkan. Buat pasangan pengantin Pacik n team FotoIdaman ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Kita akan bertemu lagi untukĀ  ‘outdoor shooting’ kerana pacik masih berhutang dengan anda berdua. Sementara itu berseronoklah! : )

     

    7 responses to “Mimie & Fuad” RSS icon


    Leave a reply