-
2010 bermula!
Posted on January 6th, 2010 7 commentsSalam!
Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 pada semua. Bye2 2009! Ayuh, sama-sama kita mencipta satu azam baru supaya ia menjadi pengiring untuk mencapai matlamat yang dibina sebelum munculnya 2011.
Di kala rakan-rakan dan orang lain menghabiskan masa pergi bercuti, pulang ke kampung, beriadah bersama keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, sibuk menguruskan persekolahan anak-anak, dan sebagainya, tetapi kami, masih lagi bersengkang mata siang dan malam menyiapkan kerja-kerja editing.
Projek-projek yang banyak diperolehi pada bulan 11 dan 12 tahun lepas masih di dalam proses perlaksanaan dan InsyaAllah akan diselesaikan secepat yang mungkin pada bulan ini tanpa menjejaskan sebarang kualiti. Kami (fotoidaman) memberi komitmen sepenuhnya pada bulan ini (Januari 2010) untuk menyiapkan keseluruhan kerja/projek tahun 2009. Tiada photo shoot jobs akan dilakukan buat sementara ini.
Sekian…
- Selamat Tahun Baru 2010 -
-
Fairuz & Linda
Posted on December 22nd, 2009 8 commentsSalam! Ini perkahwinan yang istimewa buat pacik. Kenapa? Kerana ini perkahwinan anak buah pacik sendiri, Nurhaslinda Ismail….selama dua hari pacik memberi fokus untuk pasangan ini. 19hb majlis akad nikah dan kenduri di rumah pengantin perempuan di alamat Permatang Pak Elong, K.Batas. Kemudian majlis di pihak lelaki diadakan keesok harinya di dewan orang ramai Bagan Luar berdekatan dengan Sekolah St. Mark. Pada dua hari yang sama photographer lain dalam team FotoIdaman sedang sibuk bekerja di sebelah pulau melayani pelanggan di sana, InsyaAllah untuk pasangan berkenaan akan kami update sedikit masa lagi. Buat Fairuz dan Linda, Selamat Pengantin Baru dari pacik dan rakan-rakan di FotoIdaman.






-
Nurul & Edi
Posted on December 17th, 2009 No commentsSalam,
Pasangan Nurul & Edi memilih tarikh 11hb Disember baru-baru ini untuk majlis akad nikah. Majlis kenduri di pihak perempuan diadakan ke esok harinya di alamat Permatang Tinggi B, Kepala Batas. Pacik dan Pat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua mempelai dan ahli keluarga pengantin kerana kerjasama baik sepanjang sessi fotografi. Kami di FotoIdaman mendoakan kebahagian kepada Nurul dan Edi. Semoga berbahagia selalu.







-
Firdaus & Farhana
Posted on December 6th, 2009 2 commentsMajlis akad nikah Firdaus & Tengku Amiratul Farhana ini berlansung pada malam jumaat 25hb Nov 09 di Masjid Taman Ria, Sg. Petani. Sementara majlis jamuan diadakan pada malam Ahad 27hb di Laguna Merbok. Team FotoIdaman ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Semoga hubungan mereka berkekalan dan dirahmati Allah SWT hendakNya.
Untuk maklumat, fotografi untuk majlis ini diterajui oleh Wan dan di bantu oleh saudara Jali, Keown dan seorang lagi photographer yg pernah menjadi client FotoIdaman, saudara Heerman : )






-
Mimie & Fuad
Posted on December 6th, 2009 7 commentsSalam! Perkahwinan Mimie & Fuad berlansung sama sehari dengan pertunangan Izdihar yakni pada 29hb November 2009. Ketika majlis Izdihar sedang berlansung di Taman Brown, Fuad dan Mimie pula sedang berdebaran menunggu detik baru untuk bergelar suami isteri di Masjid Negeri P.Pinang. Pacik mendapat berita dari jurufoto FotoIdaman, saudara Jali yang majlis akad nikah berakhir 11.30 pagi. Hari itu team kami seramai 4 orang seharian hingga ke malam berada di sebelah pulau. Pacik & Pat bergabung dengan Jali & Azli selepas sahaja selesai majlis pertunanagan Izdihar, untuk majlis perkahwinan Mimie di Dewan Komplek Tabung Haji pada sebelah malamnya.
Majlis yang penuh gilang gemilang dengan adat istiadat tanah seberang menjadikan majlis ini pasti diingati oleh hadirin. Pengantin diarak masuk ke dewan dengan adat istiadat unik, paluan kompang, gendang dan nyayian berkumpulan serta persembahan silat sungguh menghiburkan. Buat pasangan pengantin Pacik n team FotoIdaman ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Kita akan bertemu lagi untuk ‘outdoor shooting’ kerana pacik masih berhutang dengan anda berdua. Sementara itu berseronoklah! : )








-
Izdihar engagement 2
Posted on December 1st, 2009 No commentsSalam,
Terlebih dahulu pacik n team FotoIdaman mengucapkan tahniah kepada Farizul & Izdihar yang telah selamat mengikat tali pertunangan. Dengar khabarnya majlis perkahwinan akan dilansungkan seawal tahun hadapan. Pacik dan Pat telah ditugaskan untuk merakam saat2 manis bakal mempelai. Harapan kami semoga ikatan sah perkahwinan yang bakal dilansungkan itu bakal merealisasikan impian mereka untuk hidup bahagia sebagai suami isteri sehingga ke akhir hayat. Buat Izdihar, ini ada sedikit lagi gambar2 untuk tatapan sebelum pacik siapkan album anda….







-
Ibadah Qurban
Posted on November 29th, 2009 No comments



Salam,
Suasana Qurban di Kampung Guar Kepayang dapat pacik rakamkan selepas sahaja selesai solat sunat Aidiladha. 3 ekor lembu dikorbankan pada pagi itu hasil kerjasama penduduk.


