Our Journey
RSS icon Email icon Home icon
  • Ibadah Qurban

    Posted on November 29th, 2009 pacik No comments

    Salam,

    Suasana Qurban di Kampung Guar Kepayang dapat pacik rakamkan selepas sahaja selesai solat sunat Aidiladha. 3 ekor lembu dikorbankan pada pagi itu hasil kerjasama penduduk.

  • Pagi Yang Merah

    Posted on November 3rd, 2009 pacik 2 comments

    Salam! Satu pagi tu ketika bergegas untuk hantar anak ke sekolah, Pacik terpandang cahaya terang di langit. Dari rumah Pacik yang terkepung dengan rumah-rumah jiran, ditutupi pula dengan pokok-pokok, Pacik tidak mendapat gambaran sebenar pemandangan tersebut. “Tunggu sat!” Pacik pesan kepada Amirul dan Aisyah yang telah siap menunggu dalam kereta. Lalu Pacik bergegas ke dalam bilik, kalang kelibut memasukkan bateri kemera terus capai kunci motor. Kalang kelibut pula menghidupkan enjin motor dan terus bedesup menuju ke hujung kampung. Subhanallah! Cantik sungguh pemandangan pagi itu, naik gerun pun ada melihat limpahan warna merah seakan api yang sedang menyala di langit. Entah setting apa, Pacik cuba merakamkan pemandangan yang pasti berlaku sekejap sahaja. Sempat snap beberapa keping dengan pelbagai setting dalam kemera sebelum pemandangan itu hilang berganti langit cerah seperti pagi biasa.

    Sungguh benar, Yang Indah itu Allah, pemberi rahmat seluruh alam….

  • Orang Kampung

    Posted on October 21st, 2009 pacik 1 comment

    Salam, malam tadi pacik terlibat dengan perasmian blogspot kampung pacik, Guar Kepayang (http://www.maiguarkepayang.blogspot.com/) . Majlis diadakan bersempena dengan Jamuan Aidilfitri PASTI (walaupun Syawal dah berakhir). Program ini tertunda beberapa hari dari tarikh asal disebabkan oleh jadual ketat YB Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man menghadiri program sepanjang bulan Syawal. Sebagai anak watan di situ, YB Salleh di beri penghormatan untuk merasmikan blogspot tersebut.

    Selain akan terlibat sama dalam urusan penulisan blog, untuk program semalam pacik diberi tugasan untuk menyiapkan video slide show untuk tatapan hadirin. Projek secara tiba-tiba ini  memaksa pacik untuk bercuti satu hari lagi di rumah bersama isteri yang sedang berpantang. Ini sebahagian gambar yang pacik ambil petang semalam untuk penambahan didalam klip sepanjang 3 minit 22 saat.

  • Anugerah

    Posted on October 18th, 2009 pacik 4 comments

    Alhamdulillah! Selepas sekian lama menunggu dengan resah (isteri Pacik, apatah lagi…) maka pada jam 10:45 pagi, Jumaat 9hb Oktober 2009, anak ke 4 Pacik, Nur Ain Sumayyah telah selamat dilahirkan di Dewan Bersalin Muslimah. Kepada saudara dan rakan-rakan yang telah menggucapkan tahniah melalui sms dan email, yang sempat dan tak sempat Pacik jawab, sekali lagi Pacik mengucapkan terima kasih. Dalam masa seminggu ini Pacik bertranformasi dengan jadual hidup yang baru. Buat Nur Ain, kehadiranmu dalam hidup kami sekeluarga sangat dialu-alukan dan hanya kesyukuran sebagai ucapan gembira tidak terhingga buat anugerah yang di kurniakan oleh Allah SWT.

  • Aidilfitri 09

    Posted on September 24th, 2009 pacik No comments

     

    Salam! Selamat mengerjakan ibadah puasa sunat di Aidilfitri. Team FotoIdaman akan kembali bertugas memenuhi undangan untuk sessi fotografi bersama pasangan pengantin selepas Ramadhan yang baru berlalu.

    Bagi pasangan yang akan melansungkan perkahwinan, pertunangan atau akad nikah sila hubungi kami untuk tempahan. Kami sangat berbesar hati untuk menemui anda, menunjukkan hasil kerja kami samada dalam bentuk slides, dvd, sticky mahupun custom album.

    Pekej kami tidak terhad kepada pasangan pengantin sahaja, malah kami juga sedia menerima undangan untuk sebarang majlis koperat seperti makan malam, hari keluarga, simposiem teknikal, ‘teambuilding’ mahupun kejohanan sukan.

    Begitu juga majlis-majlis lain seperti sambutan hari jadi, cukur kepala atau majlis khas bersama keluarga.

    Kami menanti panggilan anda dan sangat berbesar hati untuk hadir menemui anda dan orang tersayang….

  • Main Hujan

    Posted on August 23rd, 2009 pacik 2 comments

    Anak pacik, Nur Aisyah sedang asyik main hujan sampai tak sedar lense sedang diacu kearahnya…

  • Salam Ramadhan Al-Mubarak!

    Posted on August 20th, 2009 pat No comments

    Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    To all Muslims


    A Simple Way to “SEDEKAH”