FotoIdaman’s blog

Our Journey
RSS icon Email icon Home icon
  • Tanah Lot, Bali

    Posted on November 16th, 2009 pat No comments

  • Syarizal & Suriyati - Yan, Kedah

    Posted on November 15th, 2009 pat No comments

    Tahniah kepada Syarizal & Suriayati.  Semoga anda sentiasa mengecapi kebahagian hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana memilih kami (team fotoidaman) untuk merakamkan detik-detik manis anda.

    Photographers: Wan & Keown
    Location: Yan, Kedah

  • Pagi Yang Merah

    Posted on November 3rd, 2009 pacik 2 comments

    Salam! Satu pagi tu ketika bergegas untuk hantar anak ke sekolah, Pacik terpandang cahaya terang di langit. Dari rumah Pacik yang terkepung dengan rumah-rumah jiran, ditutupi pula dengan pokok-pokok, Pacik tidak mendapat gambaran sebenar pemandangan tersebut. “Tunggu sat!” Pacik pesan kepada Amirul dan Aisyah yang telah siap menunggu dalam kereta. Lalu Pacik bergegas ke dalam bilik, kalang kelibut memasukkan bateri kemera terus capai kunci motor. Kalang kelibut pula menghidupkan enjin motor dan terus bedesup menuju ke hujung kampung. Subhanallah! Cantik sungguh pemandangan pagi itu, naik gerun pun ada melihat limpahan warna merah seakan api yang sedang menyala di langit. Entah setting apa, Pacik cuba merakamkan pemandangan yang pasti berlaku sekejap sahaja. Sempat snap beberapa keping dengan pelbagai setting dalam kemera sebelum pemandangan itu hilang berganti langit cerah seperti pagi biasa.

    Sungguh benar, Yang Indah itu Allah, pemberi rahmat seluruh alam….

  • Mean Machine - Autocity Juru ~ 31 oct - 1 nov

    Posted on November 3rd, 2009 pat 1 comment

    For more pics, pls visit my flickr.

  • World Muay Thai Series

    Posted on October 26th, 2009 pat 3 comments

    Quater final at CRC Kulim, Kedah on 23-24 Oct 2009.

    Read the rest of this entry »

  • Poster untuk Farah & Heerman (20″ x 16″)

    Posted on October 22nd, 2009 pacik No comments

    Buat Farah dan Heerman, please review. Kalau ada pertukaran reply pacik ASAP ok…

  • Orang Kampung

    Posted on October 21st, 2009 pacik 1 comment

    Salam, malam tadi pacik terlibat dengan perasmian blogspot kampung pacik, Guar Kepayang (http://www.maiguarkepayang.blogspot.com/) . Majlis diadakan bersempena dengan Jamuan Aidilfitri PASTI (walaupun Syawal dah berakhir). Program ini tertunda beberapa hari dari tarikh asal disebabkan oleh jadual ketat YB Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man menghadiri program sepanjang bulan Syawal. Sebagai anak watan di situ, YB Salleh di beri penghormatan untuk merasmikan blogspot tersebut.

    Selain akan terlibat sama dalam urusan penulisan blog, untuk program semalam pacik diberi tugasan untuk menyiapkan video slide show untuk tatapan hadirin. Projek secara tiba-tiba ini  memaksa pacik untuk bercuti satu hari lagi di rumah bersama isteri yang sedang berpantang. Ini sebahagian gambar yang pacik ambil petang semalam untuk penambahan didalam klip sepanjang 3 minit 22 saat.