FotoIdaman’s blog
Our Journey-
Anugerah
Posted on October 18th, 2009 4 commentsAlhamdulillah! Selepas sekian lama menunggu dengan resah (isteri Pacik, apatah lagi…) maka pada jam 10:45 pagi, Jumaat 9hb Oktober 2009, anak ke 4 Pacik, Nur Ain Sumayyah telah selamat dilahirkan di Dewan Bersalin Muslimah. Kepada saudara dan rakan-rakan yang telah menggucapkan tahniah melalui sms dan email, yang sempat dan tak sempat Pacik jawab, sekali lagi Pacik mengucapkan terima kasih. Dalam masa seminggu ini Pacik bertranformasi dengan jadual hidup yang baru. Buat Nur Ain, kehadiranmu dalam hidup kami sekeluarga sangat dialu-alukan dan hanya kesyukuran sebagai ucapan gembira tidak terhingga buat anugerah yang di kurniakan oleh Allah SWT.




-
Aida & Muzir
Posted on October 6th, 2009 6 comments




-
Aidilfitri 09
Posted on September 24th, 2009 No comments



Salam! Selamat mengerjakan ibadah puasa sunat di Aidilfitri. Team FotoIdaman akan kembali bertugas memenuhi undangan untuk sessi fotografi bersama pasangan pengantin selepas Ramadhan yang baru berlalu.
Bagi pasangan yang akan melansungkan perkahwinan, pertunangan atau akad nikah sila hubungi kami untuk tempahan. Kami sangat berbesar hati untuk menemui anda, menunjukkan hasil kerja kami samada dalam bentuk slides, dvd, sticky mahupun custom album.
Pekej kami tidak terhad kepada pasangan pengantin sahaja, malah kami juga sedia menerima undangan untuk sebarang majlis koperat seperti makan malam, hari keluarga, simposiem teknikal, ‘teambuilding’ mahupun kejohanan sukan.
Begitu juga majlis-majlis lain seperti sambutan hari jadi, cukur kepala atau majlis khas bersama keluarga.
Kami menanti panggilan anda dan sangat berbesar hati untuk hadir menemui anda dan orang tersayang….
-
Pearl Island - for customer review
Posted on September 9th, 2009 No comments
(This page is currently modified - replacing the wording)








-
EnO - for customer review
Posted on September 9th, 2009 No comments









-
Majlis Akad Nikah Heerman & Farah
Posted on September 1st, 2009 No comments -
Sedikit pemahaman tentang “post processing”
Posted on August 24th, 2009 4 commentsPOST PROCESSING adalah satu proses penting untuk menghasilkan foto yang menarik dan cantik selepas sesuatu ’shoot’ dilakukan. Ia biasanya disebut ‘image editing’. Kebanyakan photographer (profesional atau amatur) yang terlibat dunia film atau digital akan mempratikkan pelbagai proses editing di dalam ‘post processing’. Dalam konteks ‘digital photography’ proses ini adalah menjadi keutamaan dan kepentingannya tersendiri. Kini sudah terdapat pelbagai tool atau perisian yang membantu mengolah sesuatu gambar mengikut citarasa dan kreativiti sendiri.
Saya tidak menafikan bahawa ’seseorang di belakang kamera’ adalah penting. Photographer mempunyai kreativiti dan mempunyai seni melihat untuk menghasilkan gambar yang kaya dengan cerita/mesej. TETAPI, beliau juga akan melakukan ‘post processing’. Percayalah, sejak digital fotografi diperkenalkan, pengeditan imej digital adalah amat popular dan semakin diminati!
Secara mudahnya boleh saya katakan di sini, kamera digital tidak boleh menyaingi kamera filem dari segi kualiti keaslian gambarnya. Oleh itu, gambar yang terhasil daripada kamera digital perlulah diedit untuk menonjolkan elemen-elemen yang ada padanya dari segi color, contrast, sharpen, white balance dan lain-lain.
Berikut adalah contoh mudah post processing yang dilakukan:

Kemudian diakhiri dengan proses berikutnya:





