-
Sedikit pemahaman tentang “post processing”
Posted on August 24th, 2009 4 commentsPOST PROCESSING adalah satu proses penting untuk menghasilkan foto yang menarik dan cantik selepas sesuatu ’shoot’ dilakukan. Ia biasanya disebut ‘image editing’. Kebanyakan photographer (profesional atau amatur) yang terlibat dunia film atau digital akan mempratikkan pelbagai proses editing di dalam ‘post processing’. Dalam konteks ‘digital photography’ proses ini adalah menjadi keutamaan dan kepentingannya tersendiri. Kini sudah terdapat pelbagai tool atau perisian yang membantu mengolah sesuatu gambar mengikut citarasa dan kreativiti sendiri.
Saya tidak menafikan bahawa ’seseorang di belakang kamera’ adalah penting. Photographer mempunyai kreativiti dan mempunyai seni melihat untuk menghasilkan gambar yang kaya dengan cerita/mesej. TETAPI, beliau juga akan melakukan ‘post processing’. Percayalah, sejak digital fotografi diperkenalkan, pengeditan imej digital adalah amat popular dan semakin diminati!
Secara mudahnya boleh saya katakan di sini, kamera digital tidak boleh menyaingi kamera filem dari segi kualiti keaslian gambarnya. Oleh itu, gambar yang terhasil daripada kamera digital perlulah diedit untuk menonjolkan elemen-elemen yang ada padanya dari segi color, contrast, sharpen, white balance dan lain-lain.
Berikut adalah contoh mudah post processing yang dilakukan:

Kemudian diakhiri dengan proses berikutnya:

Di sini saya ingin menjelaskan beberapa perkara tentang ‘post processing’ yang kami lakukan:
- Peringkat editing ’1st processing’ dilakukan untuk menyerlahkan keaslian gambar dengan menaikkan warna, kesan cahaya, kejelasan dan white balance. Hasil daripada proses ini, ia tidak merosakkan gambar dan sesiapa boleh menggunakannya untuk memasukkan ‘mood’ mengikut citarasa masing-masing.
- Untuk gambar-gambar di dalam ’sticky album’, 80% kami hanya melakukan ‘1st processing’, 20% lagi kami lakukan ‘final processing’. Final processing ini merangkumi proses-proses memasukkan mood/suasana di dalam gambar, crop (memotong) gambar menjadi panorama atau portrait view, mengaplikasi kesan HDR, details dan lain-lain yang dirasakan sesuai.
- Untuk rekabentuk ‘custom album’, kami megaplikasi proses ‘final prosessing’, merge dan proses penelitian dan keseragaman warna dengan mesin pencetak. Proses ini mengambil masa dan ia perlu kepada kreativiti seseorang designer tanpa menjejaskan keaslian gambar.
4 responses to “Sedikit pemahaman tentang “post processing””

-
macam tu ka cara nak buat?…dulu saya tak tau, la saya tau dahla…terimakasih bang. Hehehehehe
-
And I did not like the article, do not know why. , cheap darvocet without prescription, 6140, buy hydrocodone without prescription, :-(, cheap vicodin no prescription, 7327, buy flurazepam without prescription, ltjkrh, buy restoril, kbjc,
-
mohd sayuthi October 17th, 2009 at 10:02
teruja aku. teringin juga nak join. aku dah beli kamera slr 2 thn tapi auto shoot sajalah. anyway benda ni bukan bole belajaq sehari 2. syabas u all
Leave a reply


pacik August 25th, 2009 at 12:15